Wednesday 11 March 2020

PELANCARAN PROGRAM

Isnin 9 Mac 2020, Pelancaran Program 3S (Salam Senyum Sapa) dan Program Jom Solat peringkat sekolah oleh Tuan Guru Besar, Puan Noor Laily binti Mohamad.




MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

|Mesyuarat Agung PIBG SK Kayan kali ke 44 telah diadakan pada hari Khamis 5 Mac 2020 jam 2.30 petang. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Lekir, Tuan Syed Abdul Hanif bin Sayed Abdul Hamid.





PAPAN TANDA SEKOLAH

Pemasangan semula Papan Tanda Nama Sekolah di pintu masuk utama.




MAJLIS SEKALUNG BUDI

Selasa, 3 Mac 2020 Majlis Sekalung Budi bagi meraikan pertukaran Puan Ramlah dan Encik Saaidin. Majlis ini diadakan di Kopee Paste Manjung. Seluruh warga SK Kayan mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Cikgu Ramlah dan Cikgu Saaidin selama berkhidmat di sini. Cikgu Saaidin memulakan tugasnya di SK Kayan pada tahun 2004 sehingga 2020. Manakala Puan Ramlah mula bertugas di sini dari tahun 2016.

Sekali lagi terima kasih dan semoga keduanya dapat menjalankan tugas ditempat baharu dengan lebih cemerlang.





SELAMAT DATANG

Selamat datang ke SK Kayan buat Cikgu Nor Hamizah binti Ramli dan Cikgu Mohd Rashid bin Adalan. Puan Nor Hamizah merupakan PK Pentadbiran SK Sungai Tiram dan Mohd Rashid bin Adalan merupakan PK Koku SK Lekir. Mereka berpindah ke sini atas perkhidmatan dan Puan Ramlah PK Pentadbiran SK Kayan bertukar ke SK Batu Sepuluh manakala Saaidin bin Mahmud PK Kokurikulum berpindah ke SK Lekir.

 Puan Nor Hamizah Binti Ramli\
Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran

Mohd Rashid bin Adalan
Penolong Kanan Kokurikulum