SEJARAH SK KAYAN


SEJARAH SK KAYAN

Sekolah ini pada awalnya dibina berhampiran dengan muara Sungai Perak yang kini dikenali sebagai Kampung Pasir Belanda secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Bangunan ini rosak teruk akibat dari peperangan antara kompeni Inggeris dan Belanda pada tahun 1914. Dengan diketui oleh Pak Awang Mina, ianya di bangunkan semula pada tahun 1915. Bangunan ini hanyalah berkeluasan 20 kaki X 15 kaki, bertiang kayu serta beratap nipah. Dengan murid seramai 15 orang, Guru Besar pertama yang ditugaskan di sini ialah En. Sukun yang berasal dari Pulau Pinang.
     Pada tahun 1925, bangunan ini roboh akibat banjir besar yang melanda dan kesemua gurunya dipindahlan ke Pasir Panjang Laut. Pada tahun 1926, ianya dibangunkan semula hasil kerjasama penduduk dan muridnya bertambah kepada 20 orang. Apabila muridnya mencecah 30 orang, bangunan sekolah ini diperbesarkan dengan ukuran 40 kaki X 20 kaki. Pada tahun 1938, bangunan sekolah ini telah dibaik pulih dengan bantuan Jabatan Pelajaran Perak.
     Pada tahun 1958, seorang ceti, Mr Mokka Pillay, telah menyumbang sebanyak RM 4000.00 untuk memperbesarkan lagi bangunan sekolah menjadi berukuran 100 kaki X 24 kaki. 

Mendiang Sri M Mooka Pillay yang telah menyumbang sebanyak RM 4000.00 pada tahun 1958 untuk membangunkan SK Kayan. Gambar ini telah di sumbangkan oleh anaknya yang datang daripada India, Beliau kini seorang profesor berusia 75 tahun yang di lahirkan di Kampung Kayan iaitu Prof. M Ponnambalam.


     Walau bagaimanapun, bangunan berkenaan telah dirobohkan untuk membina 2 blok bangunan yang siap sepenuhnya pada Mei 2004 serta mula beroperasi pada Jun tahun yang sama. Ianya lengkap dengan kemudahan fizikal seperti bilik gerakan, bilik guru, 4 buah bilik darjah, pejabat, makmal sains serta bengkel kemahiran hidup dan kantin.
     Pada tahun 1962, tanggungjawab pentadbiran keseluruhan sekolah ini telah diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Perak dan membina bangunan baru konkrit. Pada 14 Jun 1974, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Kamaruddin bin Haji Md Isa telah merasmikan sekolah ini. Pada 3 Januari 1984, Jabatan Pelajaran Perak secara projek kilat menambah bangunan sekolah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
     Sepanjang sekolah ini beroperasi, seramai 18 orang Guru Besar telah berkhidmat yang bermula En. Sukun pada tahun 1913 hinggalah Pn Rudiah binti Abas yang memulakan khidmat pada Julai 2008. Sebelum tahun 2008, Guru Besarnya ialah Encik Abdul Aziz bin Abd Majid. Beliau telah berjaya menaikkan nama SK Kayan dalam Sukan Hoki. Pasukan Hoki SK Mendapat Jolokan Kayantigers. Pasukan Kayantigers ini amat digeruni oleh pasukan dari daerah Manjung dan di peringkat negeri Perak. Beliau telah berjaya membawa pasukan hoki Kayantigers ini menjadi Johan peringkat daerah Manjung selama 7 tahun berturut-turut.
     Selapas Guru Besar Encik Abdul Aziz bin Abd Majid, digantikan dengan Encik Ibrahim bin Md Teridi. Namun Cikgu Ibrahim telah meninggal dunia pada 9 Mei 2008. Selepas kematian Cikgu Ibrahim bin Md Teridi, baharulah Puan Rudiah binti Abas mengambil alih tugas Guru Besar.
Puan Rudiah binti Abas bertugas di SK Kayan bermula 2008 hingga 2011. Beliau bersara di SK Kayan. Majlis persaraanya diadakan awal kerana beliau akam menunaikan ibadah haji pada Tarikh persaraannya.
     Selepas Guru Besar Puan Rudiah binti Abas, Encik Shalehin bin Suratman datang mengambil alih tugas Guru Besar. Cikgu Shalehin bin Suratman bertugas di SK Kayan sehingga tahun 2013. Encik A Zamri bin Husin datang selepas itu menggantikannya. Guru Besar A Zamri bin Husin bertugas di SK Kayan dari tahun hingga 2015.
     Pada Tahun 2016, Guru Besar Shafari bin Taib memulakan tugas. Beliau yang berasal dari Batu Gajah Perak terpaksa berulang alik lebih 70km sehari untuk datang ke SK Kayan. Pada pertengahan tahun 2018, Cikgu Shafari bertukar balik ke daerah Kinta Selatan dan mendapat sekolah yang berhampiran dengan rumahnya.
     Pertukaran Encik Shafari bin Taib digantikan dengan Puan Noor Laily binti Moahamd. Beliau merupakan Guru Besar SK Kayan bermula pertengahan tahun 2018 hingga sekarang (2020).
Kini sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 2 ekar 3 rod 16 pol yang terdiri daripada 5 blok bangunan untuk Sekolah Kebangsaan Kayan dan 1 blok untuk SJK (Tamil/Telegu) Kampung Kayan yang turut terletak dalam kawasan yang sama. Terdapat juga sebuah padang permainan untuk murid melakukan aktiviti sukan serta aktiviti-aktiviti lain yang dikongsi bersama.
     Pada Tahun 2020, jumlah murid SK Kayan ialah seramai 128 orang, 17 orang guru, 4 orang kaki tangan pejabat dan 3 orang pekerja swasta.

BANGUNAN ASAL SK KAYAN
SK KAYAN SEKARANG



SENARAI GURU BESAR
BERMULA 2007
ENCIK ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
GURU BESAR SEHINGGA APRIL 2007
(MENINGGAL DUNIA PADA 6 JANUARI 2022)

ENCIK IBRAHIM BIN MD TERIDI
MENINGGAL DUNIA PADA 9 MEI 2008

PUAN RUDIAH BINTI ABAS
2008 HINGGA 2011
ENCIK SHALEHIN BIN SURATMAN
2011 HINGGA 2013

ENCIK A.ZAMRI BIN HUSIN
2014 HINGGA 2016

ENCIK SHAFARI BIN TAIB
2016 HINGGA 2018

PUAN NOOR LAILY BINTI MOHAMAD
2018 HINGGA SEKARANG (2020)


 
LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN

 LOGO PASUKAN HOKI KAYANTIGERS
 
LOGO KAYANTIGERS ASAL
LOGO KAYANTIGERS BAHARU


VIDEO KEHEBATAN HOKI KAYANTIGERS SUATU MASA DAHULU

No comments:

Post a Comment