Thursday 23 July 2020

Kembali Ke Sekolah Pasca Covid-19

Selamat kembali semula ke sekolah kepada semua murid bermula 22 Julai 2020. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sudah kembali semula ke sekolah. Dengan Norma Baharu, murid dan guru harus patut SOP yang telah ditetapkan. Penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka dan pengambilan suhu badan sebelum masuk ke kawasan sekolah. Murid berada di dalam kelas sehingga tamat waktu persekolahan. Waktu rehat murid akan maka di dalam kelas.


















Monday 6 July 2020

Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Pasca Covid-19

Sekolah akan dibuka semula pada 15 Julai 2020. Bagi Murid Prasekoah, mereka telah mula ke sekolah pada 1 Julai 2020. Murid Tahun 5 dan 6 akan masuk pada 15 Julai 2020. Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 akan masuk semula ke sekolah pada 22 Julai 2020.


Guru Mmebuat Persiapan Untuk Pembukaan Semula Sekolah

Guru-guru SK Kayan bertungkus-lums membuat persiapan bagi pembukaan semula sekolah pada bila-bila masa sahaja. Pihak KPM akan membuat pengumuman rasmi pembukaan sekolah Pasca Covid-19.













Gotong-Royong Membersihkan Kelas

Jumaat 3 Julai 2020, satu gotong-royong membersihkan kelas sempena pembukaan semula sekolah Pasca Covid-19 pada 15 Julai nanti. Gotong-royong ini diadakan bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Sitiawan.










Prasekolah Pasca Covid-19

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembukaan semula sekolah khas untuk murid Prasekolah pada 1 Julai 2020. Pihak sekolah perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Suasana hari pertama sekolah Pasca Covid-19 murid Prasekolah SK Kayan.