Pada Isnin, 15 Jun 2020, satu Taklimat Dalam Talian Penataran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Pasca Covid-19 telah diadakan menerusi Google Meet.Taklimat turut dihadiri oleh Wakil PPD Manjung, iaitu Penolong PPD HEM Puan Norain Musa. Taklimat yang bermula jam 10 pagi itu berakhir pada jam 12 tengah hari. Tahniah dan terima kasih kepada semua
#kekalkanjarak
#kitajagakita
Kelas Pengajaran dan Pemudah Cara secara atas talian diadakan oleh guru SK Kayan. Terima kasih kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam kelas ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Mazni bin Othman yang sudi menyampaikan ilmu secara atas talian semasa PKP Covid-19 ini.
Program Wacana Ilmu dan Merisik Khabar secara live melalui google meet. Program ini menemukan pelajar, guru-guru dan ibu bapa dalam talian setelah sekian lama tidak berjumpa kerana sekolah terpaksa ditutup akibat penularan virus Covid-19. Sekolah telah mengambil inisiatif untuk bertemu dan bertanya khabar guru-guru, murid-murid serta ibu bapa tentang keadaan semasa.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Virus Vovid 19, sekolah ditutup, namun program Pendidikan Agama Islam diteruskan dengan membaca Al Quran dirumah dan kemuncaknya ialah Majlis Khatam Al Quran yang dibuat secara live dengan google meet. Tahniah kepada Panitia Pendidika Islam SK Kayan.
Encik Mohamed Zahid bin Zainuddin merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Kayan bermula dari beliau mula bertugas pada 16 Feb 1998 sehinggalah beliau bersara pada 3 Januari 2016.
Puan Rudiah binti Abas bertugas sebagai Guru Besar di SK Kayan bermula pada tahun 2008 menggantikan Arwah Cikgu Ibrahim Md Teridi. Beliau bersara di SK Kayan pada tahun 2011. Majlis persaraannya diadakan lebih awal memandangkan beliau akan menunaikan ibadah haji pada ketika tarikh persaraannya yang sebenar.
Video khas buat Guru Besar Encik Mohd Shalehin bin Suratman. Beliau bertugas di SK Kayan dari 5 Disember 2011 hingga 8 November 2014. Beliau bertukar ke SK Lekir dan bertugas sehingga bersara di sana.
Suatu masa dahulu SK Kayan amat popular dengan Pasukan Hokinya sehingga digelar KAYANTIGERS. Pasukan Hoki Kayantigers amat digeruni oleh pasukan lain di daerah Manjung khasnya dan negeri Perak amnya
Ini adalah Logo Kayantigers yang pertama
Logo Hoki Kayantigers yang pertama
Kemudia logo Kayantigers ditukar kepada ini:-
Logo Hoki Kayantigers yang terkini
Tontonlah video Kehebatan Hoki Kayantigers suatu ketika dahulu