Berikut adalah pemenang untuk Tempat Pertama hingga ketiga
Semua pemenang akan menrima hadiah sebuah HearPhone yang sesuai untuk kelas PDPR
Berikut adalah pemenang untuk Tempat Pertama hingga ketiga
Semua pemenang akan menrima hadiah sebuah HearPhone yang sesuai untuk kelas PDPR
Tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang telah menghantar Video Ucapan Sempena Hari Guru dan hari Pekerja bagi Tahun 2021 ini.
Walaupun tiada sambutan dan majlis besar-besaran, semua guru masih menyambutnya secara atas talian dengan pelantar Google Meet. Sebelum majlis telah diadakan pertandingan untuk semua murid iaitu Video Ucapan Hari Guru dan Hari Pekerja.
Dirangkumkan semua video dalam 1
LINK VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=YteFVB42Iks
Microsoft PowerPoint bukan setakat membuat persembahan malah lebih daripada itu. Dengan PowerPoint perbagai perkara boleh dilakukan. Membuat video dalam format MP4 atau GIF, mengedit gambar dan perbagai perkara yang menarik.
Kali ini saya tunjukkan cara untuk menghilangkan latar belakang atau Romove Background dengan menggunakan PowerPoint sahaja. Terbukti dengan PowerPoint kualiti gambar lebih baik kerana ia tidak menghilangkan kualiti gambar tersebut. Ianya juga lebih mesra pengguna dan kebanyakkan daripada kita ada aplikasi PowerPoint di dalam komputer. Selamat mencuba dan semoga membantu anda semua.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=l6xvRlP8A9E
SEKOLAH :
SK KAYAN SITIAWAN PERAK
SALURAN YOUTUBE :
Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Video ini menerangkan kaedah mendarab pecahan yang melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. Dalam proses mendarab, murid-murid hanya perlu mendarab pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Kemudian murid-murid hanya perlu permudahkan jawapan jika boleh atau tukar jawapan kepada pecahan wajar. Tonton video ini untuk lebih pemahaman. Semoga membantu.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=voxa0kTO4LA
SEKOLAH :
SK KAYAN LEKIR SITIAWAN PERAK.
SALURAN YOUTUBE :
Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Video ini menerangkan kaedah membahagi yang melibatkan pecahan. Antaranya, langkah pertama jadikan nombor bulat kepada pecahan tak wajar. Songsangkan operasi bahagi kepada darab. Songsangkan pecahan tak wajar kemudian pengangka darab pengangka dan penyebut darab penyebut. Pemudahkan jawapan. Anda boleh menonton video ini untuk lebih pemahaman. Semoga membantu murid-murid.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=1nLT8ba04iQ
SEKOLAH :
SK KAYAN LEKIR SITIAWAN PERAK.
SALURAN YOUTUBE :
Microsoft PowerPoint bukan setakat membuat persembahan malah lebih daripada itu. Dengan PowerPoint perbagai perkara boleh dilakukan. Membuat video dalam format MP4 atau GIF, mengedit gambar dan perbagai perkara yang menarik.
Kali ini saya tunjukkan cara untuk membuat Masking Image dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Senang dan mudah. Lagipun saya percaya di dalam komputer anda mesti ada aplikasi Microsoft Office dan PowerPoint. Ini tidak menjadi masalah kerana anda tidak perlu install aplikasi yang lain untuk membuat masking ini. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada semua.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=DVmdD3yH0tk
SEKOLAH :
SK KAYAN SITIAWAN PERAK
SALURAN YOUTUBE :
Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK merupakan satu mata pelajar yang amat diminati oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk masuk ke Makmal Komputer dan dapat menggunakan komputer. Namun mereka tidak sewenang-wenangnya boleh melayari internet kerana mereka perlu belajar untuk mata pelajaran TMK. Bagi Tahun 6, mereka akan belajar Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir. Apakah semua ini?
Video ini menerangkan Kawalan Aliran dalam Atur Cara. Apakah Atur Cara? Atur cara merupakan satu set arahan bagi semua aktiviti seharian atau peralatan elektronik yang automatik. Setiap perkara yang kita lakukan atau perkakasan elektronik mempunyai atur caranya sendiri. Apakah yang dikatakan kawalan aliran dalam atur cara? Apakah aliran secara urutan dan pilihan tunggal? Jom kita belajar. Semoga video ini membantu guru-guru dan juga para pelajar.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=VfjiX-5jvfs
SEKOLAH :
SK KAYAN SITIAWAN PERAK
SALURAN YOUTUBE :